Kisah dorang ni byk mengajar aku erti Pengorbanan...chewah!!
Aku rapat ngn et...suaminya pun aku rapat...
sudahnya aku la jadi posmenwati yg tak bertauliah..
but then dorg dah kawen
alhamdulilah...
kisah suka kisah duka....
dorg la yg sebat semua bnda tuh....
xde change nk bagi kat org lain....tapi aku kena gak tempiasnya
huahuahua
tak nk la citer...macam2 ada.....
ntah camne la time dorg kawen same lak ngn baju yg
aku pakai...blue..blue...blue!!!
Album Perkahwinan - siti kadijah & Mahathir
Posted by miSzrEza at 10:03 0 comments
Album perkahwinan -Zaihana & shahrul-
Yg ini pulak kawan aku dr sekolah lagi
dr darjah 1 smpai tingkatan 5...
tapi bila memasing dah besar...semua jadi besaq!!
besar kepala...dia la bkn aku..hehehe
kitaorg asik nk bertekak je...ntah la dh xsebulu kot..
but We still friend!!
mcm2 kisah zai ngn aku waktu sekolah...
aku selalu gelar zai..
ZAI YG SANGKENG!..bkn main marah die..nk buat
cam ne dah kenyataan...bila die kawen die jemput aku
nti bila aku kawen lak aku jempot kau lak ye zai...
Posted by miSzrEza at 09:55 0 comments
Album Perkahwinan - Johari & Norazalina
aku nk kira berapa org yg rapat dlm hidup aku
dah berumahtangga....
jeng..jeng..jeng
kalo nk tgk aku naik pelamin..mmg makan tahun la wehhhh....
Posted by miSzrEza at 09:46 0 comments
Album Raya 2006
Hahaha..
saje2 je update album yg lame2....
album yg sebelum nya berada dlm tgn kakak aku....
ni ada yg tak cukup ahli ghaib ke rumah mak mertua la...
so xcukup ''korom''
Posted by miSzrEza at 09:33 0 comments
Majlis Perkahwinan
salammm....
lame sungguh xupdate,bkn ape mls nk taip....
asik pecah masuk umah org je...(blog)
rumah sendiri tak terbela....(blog)
mls la nk citer panjang...
Posted by miSzrEza at 11:04 0 comments
TERIMA APA SAJA
Assalammualaikummm
Lame gak aku tak update blog aku yg huduhh ni..
nak kate tak de masa tipu la kan..ntah la malas bertimpa-timpa bagai sudah jatuh ditmpa tangga...''mukadimah'' yg boleh dikate sama dgn nasib aku skrg but then
aku malas nak layan nasib tu...just go with the flow..
bab -1-
-kadang kadang bila aku baik dgn org org ambil kesempatan
-kadang kadang bila aku buat ''derkk'' org kata aku selfish
-kadang kadang bila aku diam org kate aku ni sombong
-kadang kadang bila aku senyum dlm ape jua keadaan
org kata aku ni hati kering
bab -2-
-kadang kadang bila aku kusut aku tido
-kadang kadang bila aku bosan aku jalan-jalan
-kadang kadang bila lapar aku makan
-kadang kadang bila aku susah aku buat tak tau
-kadang kadang bila aku rasa kena kutuk aku buat derk
nota selipar
kadang kadang aku tak paham,susah untuk puaskan hati semua org
tapi aku tak kesah ape org nak pikir pasal aku janji aku bahagia
dgn kehidupan aku yg bebas dr sesiapa. Tapi kadang kadang tu aku
rasa mcm nak kurung dlm tandas kepada mereka yg tak puas
hati dgn aku..Aku adalah aku dan aku tak kuasa layan kerenah
org yg merepek repek dgn aku.. So whatever!!
Posted by miSzrEza at 17:44 0 comments
Tahukah Kita?
1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?
adios
Posted by miSzrEza at 15:52 0 comments


